Thursday, June 25, 2009

oooooooo........

Sdg aku asyik menatap skrin computer
aku terdengar bunyi bising di belakang umah
oooo ada mesyuarat rupanya
pembantu2 rumah dgn anak2 majikan
berkumpul dan bercerita...

Sdg majikan mereka sibuk di pejabat
anak anak dijaga sepenuhnya oleh pembantu (indon)
ada anak2 tidur pun dgn pembantu
apa nak jadi generasi akan dtg
dlm kesibukan kita alpha...

oooooooooooo...........

bukan senang nak mendapatkan seorg anak
bila dah dpt anak sesenang kita serahkan
kepada pembantu indon utk menjaga sepenuh masa
kan anak itu AMANAH ALLAH
esuk kita akan disoal di sana.

Tuesday, June 23, 2009

bonda

dalam kesibukan aku sering lupa
lupa utk menalipon bonda yg jauh di mata
namun di hatiku tidak begitu, bonda.

dalam kepenatan aku sering lupa
lupa utk merehatkan badanku yg sepatutnya
namun hidup perlu diteruskan, bonda.

dalam kesakitan aku sering ingat Tuhan
ingat bonda.....
bonda!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 17, 2009

SORRY!!

aku sibuk skrg...
bila free boleh ler berblog lagi.
kerja aku x mcm keje korang so aku x leh nak berblog!!
cuti panjang kita sambung okay.

thanks.

Thursday, June 4, 2009

banyak songeh!

Kalau dasar tidak tahu dek untung
aku dah bayar gaji dia RM450.00 sebulan
makan, minum, pakai semua aku tanggung
apa sangat kerja dia...

Kalau dasar tidak sedar diri tu siapa
aku adalah manusia yang sgt tidak kisah
tidak cerewet dan tidak byk cakap
apa lagi yang dia nak...

Kalau dasar tidak tengok muka kat cermin
dah le dungu dan tak pernah mahu ingin belajar
setiap hari aku terpaksa sekolahkan dia (ajar dia)
apa lagi yang dia mahu...

Kalau dasar tidak pernah bersyukur
tak abis abis mahu naik gaji
sekarang aku bayar dia RM500.00 sebulan
dia mahu cuti Sabtu dan Ahad pula...

Kalau dasar dari negara jiran
tak sudah sudah menyusahkan majikan
aku dah tak larat nak melayan kerenah dia
bibik, aku hantar kau ke airport petang ini!!!

Tuesday, June 2, 2009

kenyataannya begituhlah







Bila masa berlalu begitu pantas
dan semua terasa indah belaka
hidup seperti dalam syurga
lalu kentut pun terasa wangi...

kamu








aku sudah penat untuk memulakan sebuah kehidupan lagi
sungguh aku sudah letih dengan kerenah manusia
lalu aku hanya menarik nafas sambil
memerhati gelagat kamu

memerhati gelagat kamu
yang mata keranjang
memerhati kamu itu
seperti baru dapat mata

seperti baru dapat mata
kamu memandang sampai juling
lalu aku cakap berhenti
pergilah kepadanya

pergilah kepadanya
aku relakan pemergianmu itu
jika benar kita tidak serasi
untuk terus hidup bersama

untuk terus hidup bersama
seperti yang suatu masa dulu
yang pernah kamu dambakan
yang pernah kamu gilakan

yang pernah kamu gilakan aku
katamu tanpa aku hidup kamu mati
tanpa aku kamu tak mampu untuk hidup
ye, cakap memang tak kena bayar

bila cakap tak kena bayar
kamu boleh buat apa apa saja
lalu kini kamu ingin kembali
kamu tak malu ke pada dunia, pada alam...
yang sering memerhati gelagat kita
lalu kamu ludah dan mahu jilat kembali...