Tuesday, June 2, 2009

kamu








aku sudah penat untuk memulakan sebuah kehidupan lagi
sungguh aku sudah letih dengan kerenah manusia
lalu aku hanya menarik nafas sambil
memerhati gelagat kamu

memerhati gelagat kamu
yang mata keranjang
memerhati kamu itu
seperti baru dapat mata

seperti baru dapat mata
kamu memandang sampai juling
lalu aku cakap berhenti
pergilah kepadanya

pergilah kepadanya
aku relakan pemergianmu itu
jika benar kita tidak serasi
untuk terus hidup bersama

untuk terus hidup bersama
seperti yang suatu masa dulu
yang pernah kamu dambakan
yang pernah kamu gilakan

yang pernah kamu gilakan aku
katamu tanpa aku hidup kamu mati
tanpa aku kamu tak mampu untuk hidup
ye, cakap memang tak kena bayar

bila cakap tak kena bayar
kamu boleh buat apa apa saja
lalu kini kamu ingin kembali
kamu tak malu ke pada dunia, pada alam...
yang sering memerhati gelagat kita
lalu kamu ludah dan mahu jilat kembali...

7 comments:

  1. "bagus banget puisi ini
    cerita kita sama saja"

    ReplyDelete
  2. kerana kita manusia...
    kita sering terlupa...
    kerana kita manusia...
    kita tidak tahan godaan dunia...
    kerana kita manusia...
    kita pandang di sebrang laut bukan di depan mata..
    kerana kita manusia...
    kita selalu memaafkan...
    kerana itu lebih mulia...

    ReplyDelete
  3. hidup adalah pejlnan
    byk simpang dan halangan
    apa yg perlu kita berperanan
    yg dahulu didahulukan
    yg tak perlu campak jauh jgn diendahkan...

    ReplyDelete
  4. withlove ---> thanks kita harus jumpa musim cuti ini (sejak tinggal di Indon..kamu sombong)

    mamai ---> ye, kita cuma manusia kerdil dan bukan malaikat!

    akupentoi ---> ye, telah aku campakkan ia ke penjuru alam namum dia tetap dtg jua!!!! muka tak tau malu kan??? hahaha

    stomek ---> sudah gerahu cendana pula...

    ReplyDelete
  5. rilex beb...... ada tu,,, kene cari je sikit lagi,,, ini prob biasa berlaku...

    ReplyDelete
  6. aloy ---> tengah rilex nie cuti sekolah kan!

    ReplyDelete