Friday, March 20, 2009

sepi

youtube nie aku cilok org punye
aku x pandai buat sendiri
so aku letak kat sini
sebab aku suka sgt
aku tengok filem sepi ni
tanpa sedar airmata aku menitis
dengan banyak sekali.

Thursday, March 19, 2009

Sunday, March 15, 2009

mengapa perlu belajar

Keputusan STPM & SPM baru saja kuar....
aku akan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk tanya pendapat & nasihat.

Belajar dan menuntut ilmu satu fitrah manusia normal yang nak tahu benda baru..istilah diploma, degree, phd, sijil etc untuk pengiktirafan guna di zaman moden sebagai bukti kehadiran dan kecemerlangan kita di IPT.. anda CGPA 2.0 memang layaklah gila2 cari kerja susah dapat, kalau CGPA 3.7 kan senang sikit kerja gomen..LOL

Apa yg aku nampak kat sini student lelaki selalu salah pilih course bila masuk U or college swasta.. Lelaki kurang beringat yg mana one day dia kena tanggung anak dara orang dan perlu ada duit banyak..

Contuh; anda bekas pelajar aliran sastera bila masuk U ambik course setiausaha..betul senang bawak..kununnya nak jadi macam collin powel setiausaha negara US sewaktu tika dulu..alih2 market taknak setiausaha lelaki.. dah menganggur kerja despatch..

Ada lak yg kununnya ikut ego tapi tak sedar cuba gak ambik degree dalam aerospace engineering or Quantity surveyor terus dapat GB gagal dan diberhentikan..

Lelaki kan akal ada 9 antara lelaki bijak yg aku nampak adalah seperti berikut..

1.From SPM Ambik course Safety kat Niosh di Bangi terus kuar cari kerja yg melambak di pasaran sebagai safety officer gaji RM3k basic hingga 5K

2.Dari SPM pergi ALAM Machap umbu Melaka ambik kadet navigasi jadi kapten kapal laut gaji RM10K sebulan dikecuali cukai.

3.Dari STPM masuk askar jadi Ltn Muda YO gaji 2K lebih pakai pun smart dapat offer FREE belajar kat Universiti Pertahanan gaji jalan takde makna nak bayar PTPTN ni semua..bijak bijak

4.Dari SPM masuk kadet pilot MAS or AirAsia jadi Pilot airbus380 pramugari dapat kawan, pakai smart gaji mak datuk 12K senang2..

5.SPM gagal masuk giat mara ambik course welding bawah laut kerja standby jer on call gaji RM5K

6.SPM gagal kerja hotel bebaik dengan cheff belajar sambil kerja attend course jangka pendek motivasi diri kuat akhirnya jadi cheff wan Auwww..gaji lumayan nyah..LOL sesuai untuk lelaki lembutlah

7.SPM gagal BI OK belajar HTML dan kursus asas computer ayat power jadi blogger terus buat e-book jual gila2 kaya gak..LOL

(LOL..)

ada mak org tanya aku...
perlu ke masuk U

aku jawab;
atas diri masing-masing kalau niat belajar nak dapat sijil & segulung kertas, mereka akan dapat sijil & segulung kertas tetapi kalau belajar kerana ilmu, mereka akan dapat lebih dari sijil & segulung kertas...
menuntut ilmu itu kan ibadah.

Belajar la dengan ikhlas, ilmu xpernah merugikan.Yang penting ada ilmu, kerja apa pn xksh. Kalau nak kerja xpyh msk universiti/kolej pn blh dpt rm3000++. ...terpulang lah.

Apa pendapat anda.....

Saturday, March 14, 2009

bosan

dah hampir sebulan aku menyepi di sini
malas nak letak entry baru... x tau nape
hidup aku rasa macam bosan
tapi memang bosan pun
bukan macam lagi dah...

bosan
bosan
bosan...

hari ni sekolah dah mula cuti
lagi laaa aku bosan...

kawan2 aku cuba hubungi semua x ada
aku call sana sini... "di luar kawasan..."
hp mereka jawap dlm bahasa Arab, omputih, indon
dan macam2...

kawan aku yang sorong tuh siap tutup blog dia (temporary)
katanya...
bila dia balik nanti dia akan buka spt biasa....hebat.

aku tetap aku yang selalu dan terlalu BOSAN.